Oleh Alia Tenor
Anak kucing bernama Blossom ini telah membuatkan hati warganet cair apabila melihat ‘senyumannnya’.
Gambar Blossom seolah-olah tersenyum menghadap kamera ini mendapat 1.18 juta tanda ‘love ‘ di laman Twitter.
Lauren Boutz, 41 tahun memuat naik gambar tiga anak kucing yang dibelanya bernama ala-ala watak kartun Powerpuff Girls iaitu Blossom, Buttercup dan Bubbles di Facebook sebelum menjadi tular.
Dalam satu temu bual bersama Daily Mail, Lauren memberitahu bahawa anak-anak kucing ini diambil daripada pusat kebajikan haiwan dan dijaga seperti anak sendiri.
Lauren juga menyeru kepada orang ramai agar membela dan selamatkan kucing-kucing jalanan dan terbiar.