Seksyen 6 Untuk Sahkan Sempadan Tanah NCR Yang Sahih
1.SEKSYEN 6 UNTUK SAHKAN SEMPADAN TANAH NCR YANG SAHIH
Pewartaan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri sebagai rizab komunal Bumiputera adalah untuk mengenal pasti dan mengesahkan sempadan tanah NCR yang sahih serta didaftarkan dalam daftar tanah.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dakwaan pihak tertentu yang mengatakan tanah diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri sebagai merampas tanah NCR adalah tidak benar.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, sempadan yang jelas ini akan memudahkan pengukuran lot individu bagi pengeluaran surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.
2. 196 SEKOLAH DAIF DIBAIK PULIH ATAU DIBINA SEMULA DI SARAWAK
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata 196 sekolah daif di Sarawak kini sudah dibaik pulih atau dibina semula setakat ini.
Menurut beliau daripada jumlah itu, 43 sekolah daif berkenaan dibaik pulih atau dibina semula di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
Jelasnya, bahagian pertama daripada peruntukan RM1 bilion daripada kerajaan persekutuan iaitu berjumlah RM350 juta digunakan sepenuhnya, 33.3 peratus sekolah daif di Sarawak dapat dibaik pulih atau dibina semula.
3. SARAWAK AKAN WUJUD KAD WARGA EMAS JANUARI DEPAN
Menteri Kebajkan, Kesejahteraan Komuniti dan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, berkata Kenyalang Gold Card (KGC) akan diperkenalkan untuk warga emas Sarawak pada Januari 2020.
Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia sebagai persediaan dalam menangani cabaran masyarakat menua ini.
Jelasnya, isu penuaan merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian kerana berdasarkan jangkaan populasi, Malaysia akan menjadi negara menua (ageing nation) menjelang 2030 dengan 15 peratus daripada penduduknya terdiri daripada warga emas.
Sarawak pula, katanya dianggarkan mempunyai 16 peratus warga emas menjelang tahun 2030