
Sarawak Yakin Sasar 5 Juta Pengunjung
OLEH : AKMA SALLEH
KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yakin Sarawak mampu capai sasaran 5 juta pengunjung tahun ini.
Beliau sifatkan 5 juta kehadiran pelancong adalah sebagai ‘angka magis’ kerana Sarawak dilihat masih mampu menarik lebih ramai lagi pengunjung dengan kepelbagaian aktiviti mahupun program yang dianjurkan.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media setelah melancarkan iklan kempen ‘Visit Sarawak’ pada panel ruang bagasi-dalam-kabin untuk penerbangan Air Asia.
Dalam pada itu, beliau berharap Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak melaksanakan cukai pelepasan pada masa terdekat, kerana beliau percaya bahawa negara-negara Asia yang lain juga sedang agresif tarik kedatangan pelancong.