
Sarawak Sedia Laksana Pembelajaran Dalam Inggeris
Oleh: Odleen
KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Seri Michael Manyin Jawong mendedahkan bahawa kerajaan Sarawak telah meluluskan bajet bagi melaksanakan pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains untuk pelajar Tahun 1.
Program dwi bahasa tersebut akan bermula pada 1 Januari 2020 dan latihan bagi setiap guru akan dilancarkan seawal bulan September 2019.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Malaysian English Language Teaching Association (MELTA) ke 28, hari ini.
Beliau yakin pelaksanaan program tersebut akan berjalan lancar seperti yang telah dirancang.
Dengan itu, kementeriannya akan terus menyediakan kemudahan untuk kegunaan para guru hadapi perlaksanaan tersebut.