
Razali Dolhan Mengaku Tidak Bersalah
Oleh : Luqman Muhammad
KUCHING : Pada April lalu, bola sepak Sarawak digemparkan dengan tindakan Presiden FAS, Dato’ Posa Majais yang melakukan laporan terhadap bekas Setiausaha persatuan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut laporan portal berbahasa Inggeris Dayak Daily ,Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Razali Dolhan mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad hari ini dan memohon dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan nilai berjumlah RM191,298.70.
Hakim menetapkan 14 Ogos depan untuk urusan pra perbicaraan dan Razali dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM8,000 beserta dua penjamin.
Razali juga diarahkan untuk melaporkan diri di balai polis berdekatan selang dua minggu.
Tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Sumber : Dayak Daily