
Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu
by: Connie Grace
Mendaki Gunung Kinabalu merupakan salah satu impian semua orang untuk pengalaman yang sangat bermakna untuk seumur hidup. Sebelum mendaki, kita hendaklah mempersiapkan beberapa persiapan awal sebelum mendaki Gunung Kinabalu.
– Latihan Ketahanan Diri dan Fizikal
Tiga hingga enam bulan awal sebelum mendaki Gunung Kinabalu, anda digalakkan melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti pendakian yang tidak mempunyai risiko tinggi ataupun bukit bukau yang sesuai untuk aktiviti pendakian. Ianya akan memberi kekuatan kepada otot kaki dan meningkatkan stamina anda.
– Latihan Kaki
Latihan kaki boleh dilakukan dengan membuat latihan naik anak tangga berulang kali. Latihan kaki ini penting untuk menguatkan otot kaki untuk mengelakkan daripada lenguh dan sakit lutut.
– Peralatan Yang Perlu Dibawa Ketika Mendaki
- Baju Sejuk Waterproof (tebal)
- Glove Waterproof
- Baju Hujan (Rain Coat)
- Head Lamp – Sediakan bateri lebih
- Sleeping Bag nipis – Bukan yang tebal
- Tongkat – Boleh sewa tongkat besi semasa ingin mendaki dari pondok Guide.
- Wrapping – Baju digalakkan bungkus dengan plastik semasa mendaki untuk mengelakkan beg basah semasa hujan.