Peniaga Terkesan Kedatangan Jerebu
1) PENIAGA TERKESAN KEDATANGAN JEREBU
Terkesan, itulah rata-rata luahan yang disuarakan para peniaga di sekitar tebingan Kuching.
Bagi Azim, seorang peniaga makanan ringan, hasil jualannya menunjukkan penurunan yang ketara berbanding sebelum berlakunya jerebu.
Manakala bagi Rohana, jumlah pengunjung mungkin menurun pada sebelah siangnya tetapi pada malam hari, Rohana terima kunjungan yang memberansangkan.
Sementara itu bagi Muhammad Faizal pula, jerebu tidak menghalang pengunjung untuk datang ke tempat jualannya.
Katanya itu mungkin disebabkan oleh cuti umum sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan di Kuching pada tahun ini.
2) TERUJA, SAMBUTAN DI KUCHING
Bercakap mengenai sambutan Hari Malaysia, krew kami ada membuat tinjauan mengenai kemeriahan yang dirasai.
Bukan sahaja masyarakat di Sarawak, malah turut dirasai keterujaannya oleh pengunjung luar.
Manakala seorang pengunjung dari Pulau Pinang, Ooi Chuan Seng telah menyatakan keterujaannya untuk menyaksikan sendiri semangat yang bakal ditunjukkan oleh rakyat Malaysia pada malam ini.
Semangat, inilah yang diperlukan untuk menggerakkan sesebuah negara khususnya Malaysia yang kita cintai.
Kepada anda diluar sana, ayuhlah bersama memeriahkan sambutan Hari Malaysia.
Bagi yang tidak berkesempatan, nantikan siaran langsung di laman Facebook tvsarawak.com untuk melihat kemeriahan yang dilontarkan malam kelak.