
Jangan Panaskan Semula 6 Makanan Ini
Oleh: Maria Sujie
1.Nasi
Bagaimana ia dismpan sebelum dipanaskan boleh menyebabkan masalah. Menurut Agensi Piawaian Makanan, Beras yang tidak masak boleh mengandungi spora bakteria yang dapat menyebabkan keracunan makanan.
Apabila beras dimasak, spora dapat bertahan, kemudian, jika beras ditinggalkan pada suhu bilik, spora akan berkembang dan boleh menghasilkan racun yang menyebabkan muntah atau cirit-birit. Pemanasan semula nasi tidak akan menghilangkan racun ini.Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan orang untuk memanaskan semula makanan yang sudah lama, sebelum menikmatinya semula.
2.Ayam
Kita sudah sedia maklum bahawa ayam adalah pembekal protein yang tinggi.Oleh itu, digalakkan untuk tidak memanaskan semula masakan yang berasaskan ayam kerana ia akan menghilangkan kandungan proteinnya.
Protein yang terdapat dalam daging ayam akan berubah mengikut caranya dipanaskan serta boleh mengganggu sistem pencernaan.
3.Bayam
Sayur ini mempunyai kandungai nitrat yang banyak dan jika ia dipanaskan dengan kerap, campuran nitrat ini akan menyebabkan seseorang itu diserang kanser.
Jadi untuk anda yang selalu memasak sayur yang banyak pada waktu siang dan kemudiannya dipanaskan semula untuk dimakan pada waktu malam, dinasihatkan untuk memasaknya secara berasingan waktu.
4.Kentang
Kentang merupakan salah satu sumber makanan yang cukup popular dan enak kerana boleh disajikan dalam pelbagai bentuk.Namun, kentang selepas dipanaskan semula, nutrisi yang terkandung di dalamnya akan hilang.Sama seperti bayam, kentang akan mengalami proses pengoksidaan ketika dipanaskan.
Proses tersebut akan membuatkan tubuh berdepan campuran racun berbahaya.
5.Cendawan
Majoriti kita memang mengemari cendawan,sebut sahaja cendawan goreng pasti membuat kita rasa terliur.Namun Cendawan juga boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan jika dipanaskan semula.
Apa pun cara memasak cendewan sama ada digoreng atau dibuat sup, adalah lebih baik tidak dipanaskan semula.
6.Santan
Santan juga mempunyai jumlah kolestrol yang tinggi dan kandungan kolestrol akan lebih meningkat bila ia dipanskan.
Kebanyakan makanan lazat mempunyai santan.Biarpun mempunyai rasa yang sedikit berbeza ketika sejuk atau dingin, lebih baik dimakan begitu sahaja. – Makan Lena