
#COVID19 Daerah Kuching Catat Satu Kes Import, Pada Isnin
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ni memaklumkan Sarawak mencatatkan satu kes positif COVID-19 yang dikesan di Daerah Kuching.
Ini sekaligus menjadikan kes meningkat kepada 718 kes.
Menurut kenyataan JPBNS, kes 718 merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang baru balik dari Kuwait.
“Kes yang bekerja di Kuwait telah balim ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE pada awal pagi 1 Oktober 2020 dan tiba di Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Kuching, Sarawak pada waktu malam, hari yang sama.
“Semasa kes berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA-1), kes telah menjalani saringan COVID-19 menggunakan ujian RTK Antigen dan didapati ujian kes adalah negatif sebelum meneruskan penerbangan dari KLIA-2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Tambah JPBNS,” jelas kenyataan tersebut.
Ujarnya lagi, sejurus tiba di KIA pada awal pagi 2 Oktober 2020, kes ini terus dimasukkan ke pusat kuarantin hotel untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari namun ketika menjalani saringan COVID-19 menggunakan ujian rT-PCR keputusan ujian tersebut adalah positif pada 4 Oktober 2020.
Walaubagaimanapun, kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19 dan kes telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut pada hari yang sama.
“Kes ini dikategorikan sebagai kes import yang telah mendapat jangkitan semasa berada di luar negara manakala, siasatan lanjut dan pengesanan semua kontak kepada kes masih dijalankan,” katanya