
‘Cambodian Muslim Youth Alliance’ Bekalkan Makanan Halal Kepada 47 Tahanan Di Kemboja
Oleh: Dyg Nur Zhahrulniza
KUCHING: Pihak badan bukan kerajaan (NGO) Kemboja iaitu ‘Cambodian Muslim Youth Alliance telah membekalkan makanan dan minumam halal kepada semua rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey Kemboja hari ini.
Menurut kenyataan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien, NGO berkenaan telah bersama dengan Uncle Azra, merupakan salah seorang wakil ahli keluarga tahanan yang melawat tahanan di penjara.
Turut bersama mereka dalam lawatan itu juga ialah Menteri Kanan Tugas-tugas Khas Kemboja, Dato Othsman Hassan yang turut memaklumkan akan membantu pihak Malaysia bagi menyelesaikan isu ini secepat mungkin.
Dalam perkembangan lain, Larry menambah, beliau kini sedang menguruskan kebenaran dari pihak Imigresen Malaysia untuk membenarkan beberapa ahli keluarga tahanan dalam delegasi beliau ke Kemboja pada Rabu ini.
Ini kerana menurut beliau, terdapat beberapa ahli keluarga yang tidak dapat keluar negara kerana mempunyai masalah dengan pihak insolvensi.
Dalam pada itu, beliau berharap kesemua 47 rakyat Malaysia dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.