KUCHING: Kira-kira 16,000 penjawat awam Sarawak akan menerima bonus pembayaran bonus dua bulan gaji atau minimum RM2,000 pada 18 Disember kelak.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion berkata, pembayaran akan dibuat sebelum sambutan Hari Krismas dan sama dengan tarikh pembayaran gaji penjawat awam Sarawak untuk bulan Disember.
“Bonus ini akan diterima oleh semua kategori daripada pengurusan tertinggi, perkhidmatan profesional, sokongan 1 dan sokongan 2,” kata Jaul kepada pemberita setelah menangguh Karnival Kesihatan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di sini, Sabtu.
Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak lepas, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg telah mengumumkan semua penjawat awam negeri Sarawak akan menerima bonus dua bulan gaji atau minimum RM2,000.