Anjuran Program Souls Ditagih Seluruh Sarawak
ANJURAN PROGRAM SOULS DITAGIH SELURUH SARAWAK
Program Sarawak Youth Leaders SOULS sewajarnya diteruskan di seluruh Sarawak untuk mempersiap para belia kuasai ilmu kepemimpinan khususnya dalam era ekonomi digital dan revolusi 4.0. Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Haji Len Talif Salleh berkata, beliau menyokong penuh sekitaranya program SOULS diadakan di seluruh Sarawak. Sehubungan itu beliau yang merangkap Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) menambah, sepanjang penganjuran SOULS, beberapa ahli telah berjaya dan memegang jawatan seperti Presiden Jawatankuasa Tertinggi Sarawak Dayak Graduate Association (SDGA), Timbalan Presiden Kanan Sarawak Dayak National Union (SDNU), Ahli-ahli Parlimen Belia Malaysia (APMB) malah turut terlibat dalam Asia World Model United Nation (AWMNU).
Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan dan Penyerahan Sijil Penyertaan SOULS Go-Gatter Bootcamp di Kuching.
Program yang telah dianjurkan dengan usahasama Sarawak Multimedia Authority (SMA) tersebut, merupakan satu langkah proaktif dalam menyediakan modal insan sejajar dengan penubuhan Digital Innovation Hub.
PERLANTIKAN SENDIRI, LANGKAH PECAH BELAH SARAWAK
Langkah Pakatan Harapan (PH) sentuh mengenai hal ehwal pemimpin masyarakat dilihat untuk memecah Sarawak
Tindakan PH seolah gambar kejahilan mereka mengenai struktur sosial dan budaya rakyat di Sarawak.
Kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Masing, prosedur standard dalam perlantikan pemimpin masyarakat telah diamalkan bertahun lamanya.
Dalam kes komuniti Iban jelasnya, Tuai Rumah dipilih oleh pimpinan masing-masing sebelum pemilihan mereka disahkan oleh kerajaan.
Sama juga dalam hal komuniti Orang Ulu tetapi pemilihan pemimpin masyarakat mereka adalah mengikut norma-norma mereka sendiri dari segi struktur sosialnya.
Tegas Masing, Sarawak tidak akan bersetuju dengan kerajaan PH untuk mempunyai dua Tuai Rumah bagi mentadbir sebuah rumah panjang.
BACAAN IPU MENURUN
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sarawak merekodkan penurunan terhadap beberapa kawasan kategori sangat tidak sihat dan tidak sihat setakat 12 tengah hari ini.
Menurut Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Ismail Mahedin, tiga kawasan masih dalam kategori IPU sangat tidak sihat, diikuti tujuh kategori tidak sihat dan tiga kawasan kategori sederhana.
Antara tiga kawasan yang berada dalam kategori sangat tidak sihat, adalah Kuching dan Samarahan dimana masing-masing mencatatkan penurunan IPU sebanyak 241 dan 213 manakala Sri Aman masih merekodkan IPU sebanyak 220.
Selain itu, tujuh kawasan tidak sihat telah mengalami penurunan IPU iaitu Sarikei(155), Sibu(137), Bintulu(149), Mukah(133), ILP Miri(125),Miri(126) manakala Samalaju meningkat dengan catatan sebanyak 132 IPU.
Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Alam Sekitar Sarawak turut merekodkan Sarawak dan Brunei tidak mempunyai titik panas, manakala jumlah titik panas di Kalimantan dan Sumatera masing-masing berjumlah 450.