SIBU – Semua bentuk bantuan atau sumbangan daripada kerajaan Sarawak untuk sekolah terjejas banjir akan tetap ‘dihanyutkan oleh air’ pada masa akan datang jika kejadian itu berulang kembali.

Justeru, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong menegaskan penyelesaian terbaik adalah dengan memindahkan sekolah terjejas ke lokasi baharu yang lebih selamat.

“Jika berlaku lagi banjir pada tahun ini atau tahun hadapan, semua ini (bantuan) akan dihanyutkan (oleh air).

“Oleh itu, penyelesaian terbaik adalah untuk memindahkan sekolah ini ke lokasi yang baharu kerana semua sekolah ini terletak berhampiran sungai dan setiap tahun akan ada banjir dan semua sekolah ini akan terjejas (lagi),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Replika Cek Sumbangan Bantuan Untuk Sekolah-Sekolah Yang Rosak Akibat Banjir 2018 di Pejabat Daerah Sibu, petang semalam.- UtusanBorneo

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

seventeen − one =