KUCHING – Kerajaan Negeri memperuntukkan RM50 juta bagi melaksanakan pelan pembangunan pertanian dalam usaha menjadi pengeksport produk makanan menjelang 2030, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, ini perlu bagi membolehkan Sarawak bersaing dengan negara lain di rantau ini di samping memastikan kualiti produk makanan memenuhi keperluan pasaran antarabangsa.

“Sebagai pengimport produk makanan berjumlah RM3.6 juta setiap tahun, kita mahu mengubahnya dan cara untuk mengubahnya adalah dengan menggunakan teknologi maju bagi meningkatkan produktiviti,” kata Uggah, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Menteri Pembangunan Serantau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Masyarakat Antarabangsa bagi Sains Pertanian Asia Tenggara (ISSAAS) 2018 di sini, hari ini.

“Kita berharap dengan menggunakan teknologi terbaru akan meningkatkan produktiviti, menjadikan kita lebih bersaing dan berupaya mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, kongres tiga hari itu bertepatan masanya dan menambah bahawa Sarawak boleh belajar daripadanya dan mempunyai model yang akan boleh digunakan di Sarawak.

“Kita juga akan bekerjasama dengan UPM (Universiti Putra Malaysia) dan yakin akan bergerak ke hadapan dalam pembangunan ini kerana UPM mempunyai lebih 30 saintis dalam pertanian di kampus Bintulu yang boleh membantu kita mencapai matlamat berkenaan.

Kongres itu dihadiri oleh 300 peserta dari pelbagai negara termasuk Jepun, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

— BERNAMA

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

5 × 1 =