SIBU – Media tradisional masih relevan dalam memainkan peranan penting sebagai platform penghubung antara kerajaan dan rakyat di Sarawak walaupun terdapatnya pelbagai media baru pada masa kini.

Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Jabatan Ketua Menteri, Awang Johari Awang Mustapha berkata, masih ramai dalam kalangan masyarakat hari ini lebih gemar memilih media tradisional berbanding media baru.

Menurutnya, media tradisional masih lagi menjadi pilihan kerana bahan-bahan yang muatkan adalah terkini dan daripada sumber sahih.

“Walaupun kedatangan media sosial atau media baru, saya secara peribadi merasakan bahawa peranan media tradisional masih relevan dan penting. Orang ramai memandang media tradisional untuk mengesahkan berita yang mereka telah terima melalui media sosial kerana seperti yang kita ketahui, tidak semua berita di media sosial adalah tepat

“Ini semua berkaitan dengan integriti kerana sebagai wartawan, anda melaporkan apa yang anda telah menerima dari sumber yang sangat dipercayai dan bukan hanya menerima apa-apa berita tanpa memeriksa fakta-fakta,” katanya pada majlis Santai Bersama Media Bahagian Sibu di sini malam tadi.

Oleh itu katanya, media tradisional telah berjaya memain peranan membantu kerajaan negeri dalam banyak aspek sejak sekian lama dan kerjasama erat antara media di Sarawak dan kerajaan telah berjalan lancar dan dianggap sebagai rakan kongsi yang baik kepada kerajaan.  – Bernama

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

8 − seven =