KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus mengekang sebarang bentuk fahaman ekstrem yang dipercayai boleh mengganggu gugat keharmonian negeri itu.

43880014_2236060149800875_7777940289905229824_nKetua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menegaskan keharmonian yang dicapai oleh Sarawak pada masa kini tidak harus digugat kerana budaya yang diamalkan oleh masyarakat Sarawak tidak ada di negeri-negeri lain.

Tambahnya, ia dibuktikan dengan wujudnya sebelum ini unit untuk agama lain (UNIFOR) yang dikhaskan untuk menjaga kepentingan agama selain daripada agama Islam dan berjanji melindungi polisi berkenaan walau apa kos yang terpaksa ditanggung.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Simposium Kebudayaan Cina di sini.

Turut hadir di majlis berkenaan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Wanita, Kesejahteraan Komuniti, Keluarga, dan Pembangunan Kanak-kanak Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Professor Datuk Dr. Sim Kui Hian.

Dalam ucapan yang sama Datuk Patinggi Abang Zohari turut mengulangi pendiriannya untuk terus memperjuangakan hak-hak negeri Sarawak yang telah terhakis berdasarkan apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

17 + ten =