KUCHING: Festival dan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh warga Sarawak setiap tahun semestinya adalah Regatta Sarawak. Tahun ini, Regatta Sarawak kembali lagi pada 26 Oktober sehingga 4 November 2018 bertempat di Tebingan Waterfront Kuching.

regatta - CopyMenteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga kini sebanyak 310 penyertaan telah diterima untuk merebut gelaran raja sungai pada tahun ini.

Menurutnya, antara acara terbesar yang lain diadakan ialah Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa dari 12 buah negara dan dibahagikan kepada lima kategori melibatkan 30 pasukan.

Majlis tradisi “eyes-dotting” akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pad a 27 Oktober jam 10 pagi.

Manakala untuk acara kemuncak Regatta Sarawak iaitu “Raja Sungai’ akan diadakan pada 4 November dan akan penyampaian hadiah dijangka akan dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Regatta Utama akan diadakan pada 2-4 November 2018 dan juara keseluruhan akan menjulang Piala Raja Sungai.

Tambahnya, selain dari Regatta, terdapat juga aktiviti aktiviti yang lain seperti Sarawak Kitchen, Festival Jualan Usahawan, Jualan Kraftangan Malaysia.

Antara penyumbang terbesar untuk Regatta Sarawak pada tahun ini adalah Petronas Wilayah Sarawak, Petra Energy Berhad, Cahaya Mata Sarawak (CMS) dan Ta Aan Holding Bhd dengan jumlah keseluruhan hampir RM1 juta.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

four + 14 =