KUCHING: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan antara topik utama yang akan diketengahkan pada program Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober 2018 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

43569414_2008647139181366_3446615468679364608_nAhli parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran golongan belia khususnya berhubung isu yang melanda negeri Sarawak.

Selain itu, tambahnya, antara perkara lain yang akan dibincangkan adalah isu pindaan Perlembagaan Persekutuan MA63 dimana para pemimpin Sarawak akan menjawab dan membincangkan lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media setelah mempengerusi mesyuarat jawatankuasa Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 di Kuching.

Antara program-program yang akan dilangsungkan pada sepanjang Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2018 adalah Konvensyen Anak Muda Sarawak 2018, Forum Perjanjian Malaysia 1963 dan Townhall Bersama YAB Ketua Menteri #TanyakAbgJo .

Sebanyak 70 booth jualan barangan buatan Sarawak dan lain-lain akan diadakan pada Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2018.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Ahli Parlimen Petra Jaya Dato Sri Haji Fadillah Yusof, yang juga merupakan Pengasas dan Penasihat Program Lan Berambeh Anak Sarawak, Ahli Parlimen Batang Lupar Dato Sri Hajah Rohani Karim, Ahli Parlimen Mukah Datuk Hajah Hanifah Abdul Taib, Ahli Parlimen Sibuti Luka Nis Man, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abd Wahab dan lain-lain dif jemputan.

43654951_2008647205848026_7988367896130617344_n

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

thirteen + one =