KUCHING: Kerajaan Sarawak mengharapkan Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada masa akan datang dapat memberikan manfaat yang besar buat negeri Sarawak.

regata2 - CopyMenurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, walaupun Sarawak dianggap sebagai negeri pembangkang namun masih banyak lagi peruntukan yang diperlukan bagi membangunkan prasarana seperti sekolah, jalan raya dan sebagainya.

Beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat mempertimbangkan agar negeri ini mendapat keperluan yang sama rata dengan negeri-negeri lain dari segi pembangunan mahupun kesejahteraan rakyat.

Tambahnya, sekiranya bajet yang diberikan tidak begitu memuaskan ini bermakna janji-janji yang dilaung-laungkan PH pada masa ini bukanlah tepat seperti apa yang difikirkan rakyat.

Beliau berkata demikian kepada media di Bangunan Baitulmakmur Kuching.

Sementera itu, bercakap mengenai bajet untuk kementerianya pula, beliau berharap ada penambahan kerana Sarawak satu-satunya negeri yang banyak mempromosikan keunikan dan kepelbagaian terutamanya kebudayaan Sarawak.

Katanya lagi, Sarawak sememangnya memerlukan sokongan kewangan daripada kerajaan pusat bagi mempromosikan Sarawak di mata dunia.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

14 + two =