Sarawak memerlukan peruntukkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilion daripada kerajaan persekutuan pada bajet tahun depan bagi tujuan membina semula sekolah kritikal daif di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, RM2.5 billion itu hanya untuk membina separuh daripada sekolah kritikal daif di Sarawak.

Menurutnya, di Sarawak daripada 1,020 sekolah daif, 415 adalah yang kritikal yang tidak dapat diperbaiki atau dibaik pulih melainkan dibina semula.

Beliau memberitahu, selain daripada 415 sekolah kritial daif itu, sekolah daif lain masih boleh diselenggara dan dibaik pulih.

Tambah beliau, sehingga kini kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan belum ada melaksanakan mana-mana projek membaik pulih atau membina semula sekolah daif di negeri ini.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

7 + 16 =