" image="http://tvsarawak.com/wp-content/uploads/2018/09/41789659_1167646540056323_6277066639787687936_n-640x360.jpg"]

41789659_1167646540056323_6277066639787687936_nSALAM HARI MALAYSIA 2018 DARI CM ABANG JO

Alhamdulillah, Bersyukur kita kepada hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi kita dapat bersama-sama menyambut Hari Malaysia dalam keadaan suasana gembira, aman dan harmoni.

Hari Malaysia pada setiap 16 September merupakan sejarah yang harus diketahui oleh setiap rakyat Malaysia, khususnya rentetan sejarah sehingga Persekutuan Malaysia berjaya ditubuhkan pada 16 September 1963.

Saya percaya bahawa rakyat Sarawak yang lahir sebelum tahun 1963 yang masih lagi bersama kita boleh menjadi saksi kepada tahap-tahap pembangunan di Negeri Sarawak yang merubah wajahnya daripada sebuah negeri yang serba kekurangan sehingga menjadi negeri yang membangun dengan pesat lagi stabil daripada aspek sosial dan politiknya. Saya ingin memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri sedia ada akan terus melaksanakan program-program pembangunan supaya rakyat dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik, khususnya di luar bandar.

Akhir kata, saya dan isteri serta seluruh ahli keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia sekali lagi kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada.

Sayangi Malaysiaku dan Selamat Meyambut Hari Malaysia Tahun 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

fifteen − 5 =