KUCHING: Kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) peringkat akar umbi untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai kewujudan Gerakan Parti Sarawak (GPS).

1fcb5b65-8277-4974-816b-ec58ac30998cNaib Presiden PBB, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penerangan berterusan mengenai GPS perlu sentiasa disebarkan kepada masyarakat bagi mengelak kekeliruan dikalangan masyarakat.

Malah menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg baru-baru ini menyatakan pendaftaran GPS sudah mendapat lampu hijau daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Apa yang ditunggu sekarang adalah surat kelulusan dikeluarkan sebelum perasmian GPS dijalankan.

“Oleh itu, kita perlu secara berterusan memberi penerangan mengenai penubuhan GPS,” katanya ketika berucap pada Sidang Randau PBB 2018 Cawangan N.4 Pantai Damai di Kampung Santubong malam tadi.

b972ed4e-43be-4aeb-8d40-1ffa6cfdb0c5Kampung Santubong menjadi lokasi ketiga penganjuran sidang tersebut selepas Kampung Panglima Seman Lama dan Kampung Jaya Bakti.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) berkata, Sarawak kini tidak perlu bergantung kepada pihak lain untuk program pembangunan.

“Sebab itulah, kepimpinan PBB membuat keputusan keluar Barisan Nasional (BN) kerana mahu negeri ini ditadbir anak tempatan.

“Sarawak akan lebih cepat membangun jika ditadbir anak tempatan,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menyarankan kepimpinan PBB peringkat akar umbi untuk terus memperkasa parti keramat tersebut.

“Jadi setiap ahli memainkan peranan penting untuk memantapkan parti bagi memastikan PBB kekal relevan untuk mentadbir Sarawak,” jelasnya.

Selain itu tambahnya, perpaduan dikalangan ahli parli juga perlu dipertahankan bagi mengelak pengaruh luar yang boleh memecahkan keharmonian masyarakat.

“PBB memainkan peranan untuk menasihati masyarakat supaya tidak bertindak terburu-buru termasuk menyokong parti dari luar Sarawak,” kata Dr Abdul Rahman lagi.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

five × 3 =