KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg enggan memberi ulasan berhubung sekatan terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin daripada memasuki Sarawak.

Shazni Munir disekat masuk di Lapangan Terbang Sibu pada Jumaat dan terpaksa balik semula ke Kuala Lumpur.

Menurut laporan sebuah portal berita, tujuan Shazni ke wilayah tengah Sarawak itu adalah untuk aktiviti-aktiviti parti.

Shazni yang juga Pengarah Mobilasi PH turut dilaporkan berang atas tindakan kerajaan negeri kerana menyekat kemasukkannya.

Sebelum itu Ketua Menteri hadir merasmikan Majlis Pengagihan Daging Kurban anjuran Jabatan Ketua Menteri (JKM) di perkarangan Wisma Bapa Malaysia Kuching.

39998565_1320471698084191_7230225332807139328_nSeramai 603 orang telah menerima sumbangan daging kurban yang juga merupakan petugas dibawah JKM, AJK Surau, Pemandu Ketua Jabatan dan lain-lain agensi.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang dan pemantauan projek), Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Tan Sri Morshidi Abdul Ghani.

39940211_1320471828084178_8735276800692715520_n

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

fifteen − 7 =