KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menegaskan bahawa kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji semula cara mengurus sistem keadilan undang-undang adat Bumiputera di negeri ini.

40011396_2153954144678143_519741216623951872_nMenurut beliau, jawatankuasa itu akan melibatkan semua ketua masyarakat yang mengetahui tentang undang-undang adat Bumiputera sekali gus selaras dengan usaha kerajaan dalam menubuhkan struktur yang betul serta tahap kualiti Mahkamah Bumiputera sebagai satu institusi keadilan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-25 bersempena Penubuhan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Negeri Sarawak di sini.

Tambahnya, jawatankuasa khas tersebut akan melibatkan mereka yang mengetahui undang-undang untuk membuat penilaian berkaitan sistem undang-undang Bumiputera sedia ada.

Selain itu, Ketua Menteri menjelaskan bahawa perbincangan yang lebih lanjut berkaitan penubuhan jawatankuasa khas itu akan diadakan bagi memberi cadangan yang betul kepada kerajaan dalam struktur Mahkamah Bumiputera.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Haji Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Awang Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Adat dan Undang-undang Bumiputera Datuk John Sikie Anak Tayai dan Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak Datu Michael Dawi Alli.

40046252_2153954268011464_6105894124114673664_n

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

2 × 3 =