KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg mendedahkan bahawa beliau akan mengumumkan peruntukan khas yang memberi penekanan terhadap pembangunan luar bandar pada November kelak.

CM 1Katanya, peruntukan tersebut adalah penting ekorang kekurangan kemudahan serta infrastruktur asas di luar bandar seperti bekalan air, elektrik, dan jalan raya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pengagihan Daging Kurban anjuran Pergerakan Pemuda PBB N8 Satok di sini.

Dalam ucapan sama, beliau turut menyeru umat Islam di Sarawak untuk terus bersatu padu demi menjaga kesatuan ummah.

Tambahnya, rakyat di negeri ini harus menggunakan masa yang ada untuk beribadah agar kesejahteraan umat Islam sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian pelbagai kaum.

CM 3

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

8 − 8 =