KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menegaskan bahawa Gabungan Parti Sarawak GPS bukanlah sebuah parti retorik semata-mata malah ia parti yang fokus memperjuangkan hak rakyat.

CM 1Menurutnya, GPS akan lebih berhemah dalam memperjuangkan hak-hak rakyat yang selama ini kian terhakis dan mengembalikannya selaras seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 MA63.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pengagihan Daging Kurban anjuran Pergerakan Pemuda PBB N8 Satok di sini.

Mengulas mengenai status pendaftaran GPS di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RoS, beliau yang ditemui media selepas itu menjawab kelulusan parti itu masih di dalam proses dan bakal dimaklumkan kelak.

Kira-kira seramai 400 individu telah menerima sumbangan daging kurban pada majlis tersebut.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, dan Ahli Parlimen Petrajaya Dato Sri Fadillah Yusof.

CM 2

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

nineteen − seventeen =