KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menyarankan agar lebih peranti dicipta dalam usaha mempromosikan negeri Sarawak.

1Menurutnya melalui peranti-peranti terkini, pelbagai sektor terutamanya pelancongan, pertanian, perdagangan, kesihatan dan kerajaan dapat memanfaatkannya selain menjimatkan kos pemasaran dan promosi.

Bagaimanapun dalam usaha mencapai perkara itu, pihak kerajaan perlu membangunkan beberapa bakat tempatan untuk beberapa bidang khususnya infrastruktur digital, keselamatan siber, e-dagang, R & D dalam teknologi digital, keusahawanan inovasi digital dan kerajaan digital.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Malaysian Software Engineering (MySEC 2018) di sini.

Dalam ucapan itu juga Datuk Patinggi Abang Zohari menambah persidangan yang berlangsung selama 2 hari itu merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan dalam mengukuhkan lagi pelan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022.

Beliau turut berharap melalui persidangan itu, bakat anak tempatan dalam bidang teknologi akan lebih diperhalusi dalam usaha menggerakkan Sarawak ke arah negeri termaju menjelang 2030.

2

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

14 − eleven =