KUCHING: Nilai perdagangan antara Sarawak dan China telah berjaya mencatatkan jumlah sebanyak RM15.8 billion pada tahun 2017.

UntitledKetua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, ia merupakan hasil daripada perdagangan  petroleum, minyak kelapa sawit, produk kayu dan komponen elektrik, barangan perkilangan, mesin dan makanan.

Menurutnya lagi ia merupakan salah satu kejayaan serta pencapaian yang baik sejak beliau menjadi Ketua Menteri dan berpendapat hubungan dua hala antara Sarawak dan China harus diperkukuhkan dalam usaha meningkatkan pendapatan negeri.

“Lawatan pertama saya sebagai Ketua Menteri ialah pada Mac 2017, dua bulan selepas dilantik sebagai Ketua Menteri kerana saya percaya hubungan dua hala antara Kerajaan Sarawak dan China harus mendalam.”

Selain itu beliau berkata nilai barangan yang dieksport dari  negeri Sarawak ke China sepanjang tempoh 2017 adalah sangat memuaskan dimana sejumlah RM10.1 billion dicatatkan berbanding nilai import RM5.7 billion.

“Nilai eksport negeri Sarawak ke China mencatatkan nilai yang baik dimana jumlah eksport melebihi daripada jumlah import dari negara China.

“Itu bermakna kita lebih banyak mengeksport produk ke negara itu berbanding mengimport,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Sarawak-China Business Forum di Kuching pagi Isnin.

Menyentuh perkembangan lain, ujar beliau kerajaan Sarawak baru-baru ini telah melabur sejumlah RM1.06 billion kepada syarikat Xian Longi Materials dan RM1.2 billion kepada syarikat Comtec Solar System Group Limited sebagai usaha mengukuhkan lagi kolaborasi perdagangan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan eDagang Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda eDagang Datuk Naroden Majais dan Konsulat Jeneral Republik China Cheng Guangzhong.

1

Category:

Sarawak News, TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

14 + 8 =