KUCHING: Kementerian Kebajikan, Wanita, Keluarga, Komuniti dan Pembangunan Kanak-Kanak menggalakkan penyelidikan dilakukan dalam perkara boleh membawa kebaikan kepada keluarga, wanita, keluarga kanak-kanak serta golongan muda di negeri ini.

Menterinya Datuk Seri Hajah Fatimah Abdullah berkata, penyelidikan yang dijalankan itu dapat membantu kementeriannya dalam memastikan campur tangan yang elok terutamanya dalam usaha mengatasi masalah berkaitan serta program-program pemulihan yang berkesan.

Jelasnya, antara perkara yang diberi penekanan termasuklah masalah kesihatan mental dalam kalangan anak muda, kehamilan awal remaja serta kes pembuangan bayi yang perlu sentiasa diambil perhatian kerajaan dalam memastikan kes-kes tersebut dapat diatasi serta berkurangan.

IMG_0538Beliau berkata demikian semasa berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Psikopatologi kanak-kanak dan Remaja Ke-13.

Beliau juga berharap agar para pengamal penyelidikan dan Saintis dapat terus bekerjasama dalam menjalankan kajian berkaitan masalah keluarga, kanak-kanak serta golongan muda.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

three × 4 =