#NadiSarawak merupakan satu program terbaharu dari TVSarawak yang akan memaparkan pelbagai aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh rakyat Sarawak bagi menambah pendapatan mereka.

Program ini akan memberi peluang kepada pengusaha ekonomi tempatan mempromosikan produk ekonomi yang mereka ada termasuklah produk pertanian, pelancongan, kesenian mahupun perkhidmatan.

TVSarawak akan mendekati para pengusaha tempatan dengan melihat sendiri aktiviti harian yang mereka jalankan setiap hari seperti proses penghasilan produk , pemasaran, promosi serta keuntungan yang diperolehi dalam tempoh tertentu.

Selain itu, program ini turut menyampaikan maklumat kepada masyarakat tempatan Sarawak khasnya dan Malaysia amnya tentang kepelbagaian kegiatan ekonomi yang ada dijalankan di negeri ini yang dilihat mampu bersaing ke peringkat global.

Akhir sekali, program #NadiSarawak dapat menyelami serta mengetengahkan kegiatan ekonomi yang berpotensi besar dalam meningkatkan pendapatan pengusaha tempatan yang boleh memberi inspirasi kepada masyarakat lain untuk menggunakan peluang yang ada termasuk bantuan yang diberikan kerajaan serta agensi berkaitan dalam membangunkan aktiviti ekonomi sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

nineteen − 4 =