KUCHING: Bandaraya Kuching layak diisytihar sebagai Bandaraya Perpaduan atas dasar mempunyai kepelbagaian etnik yang hidup harmoni, dan bertoleransi antara satu sama lain disamping pembangunan yang pesat membangun.

38148109_2102005533206338_2889804771575726080_nOleh yang demikian, Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Zohari Tun Abang Haji Openg di dalam ucapan perasmiannya pada Majlis Jubli Mutiara 30 Tahun Bandaraya Kuching berkata, kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan kepada pihak Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk membangunkan kawasan-kawasan daif atau lama yang ada di bandaraya Kuching.

Beliau menambah, turut menggalakkan langkah tersebut adalah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa lawatannya ke Kuching bulan lepas dimana beliau melihat Kuching adalah sebuah bandaraya yang bersih dan indah.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kerajaan negeri turut akan membangunkan kawasan kampung Melayu di seberang tebingan sungai Kuching untuk dijadikan kawasan kampung moden.

38209698_2102005853206306_2157089892113317888_n

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

eight + 8 =