KUCHING: Loji pengeluaran Hidrogen serta stesen isi semula bahan bakar tersebut yang akan dibina oleh Sarawak Energy dijangka siap menjelang suku pertama tahun 2019.
2B5F0B81-C33C-4089-9B99-28987C00239DPembinaan tersebut yang merupakan satu-satunya di Asia Tenggara setakat ini merupakan sebuah projek perintis bagi mengkaji kegunaan bahan bakar berasaskan Hidrogen untuk diguna pakai dalam pengangkutan awam di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, langkah yang diambil Sarawak Energy ini sememangnya satu langkah yang harus dipuji kerana ianya adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri kearah Teknologi-Hijau.
Beliau menambah, projek seperti ini turut berupaya menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri pengeksport Hidrogen pada masa akan datang.
990E145A-A924-4931-87AD-FFBDC7CF4F75Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Loji Hidrogen di Kuching.
Turut berlangsung majlis menandatangani Memorandum Persefahaman MoU diantara Sarawak Energy dan Linde Malaysia dimana projek tersebut merupakan kerjasama antara Sarawak Energy dan Linde Group dalam meneroka potensi  serta menjalankan kajian Hidrogen.
Hadir sama Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Pengerusi Sarawak Energy Datuk Amar Hamed Sepawi, dan Pengarah Urusan Linde South Asia dan serantau ASEAN Rob Hughes.

 

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

twelve − eight =