KUCHING: Dalam usaha menyahut cabaran ke arah Kerajaan-Digital, pihak Jabatan Tanah dan Survei hari ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi telefon pintar yang dikenali sebagai Land and Survey Information System LASIS.

UntitledMenurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg melalui Aplikasi LASIS, pembelian pelan boleh dilakukan dengan segera sekaligus dilihat selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri untuk membangunkan Ekonomi Digital.

Dalam pada itu, beliau berharap agar perkhidmatan kerajaan yang lain, akan mengambil langkah yang sama dalam mendekatkan sektor ini kearah pendigitalan.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hari Inovasi Dan Intergriti Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak di Kuching

Dalam ucapan yang sama Ketua Menteri menambah Budaya inovasi dan integriti telah menggambarkan iltizam pihak Jabatan Tanah dan Survei dalam usaha menanam budaya kerja berkualiti, kreatif dan inovatif.

Oleh itu, beliau menyeru agar Jabatan Tanah dan Survei terus komited dalam menggiatkan budaya inovasi dan intergriti, sekaligus meningkatkan pengetahuan modal insan, disamping memperkasakan sistem melalui bantuan teknologi maklumat terkini.h

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

4 × four =