KUCHING: Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee menjelaskan bahawa projek pembinaan Hospital Lawas yang tergendala sebelum ini disebabkan masih menunggu pengesahan dari Kementerian Kewangan dan keputusan untuk meneruskannya diputuskan oleh kerajaan pusat.

Menurut beliau, projek hospital itu juga terdapat tender diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab meneruskan projek berkenaan.

unnamedBeliau berkata demikian pada satu sidang media bagi menjelaskan tentang status Hospital Lawas dan Pejabat Kesihatan Daerah Lawas di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Jelasnya, sekiranya tender itu diberikan projek tersebut akan disiapkan dalan tempoh 36 bulan dan anggaran kos untuk menyiapkan projek Hospital Lawas sebanyak RM228 Juta.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan tentang isu bayaran sewa lot Pejabat Kesihatan Daerah Lawas yang tertunggak selama 30 bulan kerana sudah tamat tempoh.

Jabatan kesihatan perlu memohon semula kontrak penyewaan dan melalui proses birokrasi sebelum mendapatkan kebenaran untuk membuka semula pejabat kesihatan di atas lot tersebut.

Tambah beliau lagi, kerajaan sudah menyediakan wang untuk membayar tunggakan sewa 30 bulan kepada tuan tanah dan isu itu dapat diselesaikan dalam masa seminggu.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

ten + 16 =