KUCHING: Yayasan Sarawak telah memberi bantuan biasiswa, pinjaman pendidikan serta bantuan kewangan kepada seramai 159,798 orang pelajar dari pelbagai peringkat termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, institut kemahiran teknikal serta institut pengajian tinggi seluruh Sarawak.

WhatsApp Image 2018-07-12 at 12.30.30 PMMenteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, sejak tahun 2007 hingga tahun 2017, jumlah pelajar yang menerima bantuan termasuklah pelajar Dayak (11,103 orang) atau 41%, pelajar Melayu dan Melanau (11,944 orang) atau 45%, pelajar bukan Bumiputera (3,501) atau 13.18% dan jumlah semua sebanyak 26,548 orang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Samalaju Majang Anak Renggi berhubung jumlah pelajar yang telah menerima biasiswa Yayasan Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching.

Tambah beliau yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, bantuan tersebut diberikan kepada para pelajar yang dipilih berdasarkan prestasi akademik dan latar belakang sosio ekonomi.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

seventeen − 16 =