KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 setelah memperoleh persetujuan majoriti dari ahli-ahli DUN.

IMG_20180712_143004Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata rang undang-undang berkenaan dilihat akan mencapai objektif utamanya iaitu mengiktiraf kesemua domain kawasan pribumi menerusi undang-undang.

“Rang undang-undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 hari ini diluluskan pada persidangan tengahari tadi setelah melihat majoriti daripada ahli dewan bersetuju dengan rang undang-undang berkenaan.” katanya.

Ujarnya apa yang signifikan dalam pindaan kali ini, terma “Pemakai Menoa dan Pulau Galau” untuk masyarakat Iban, “Cari makan” bagi masyarakat Melayu, dan “Tu’an bagi masyarakat Bidayuh, akan digantikan dengan terma “Domain Kawasan Pribumi” (NTD).

“Ini kerana kita mempunyai lebih daripada 30 kumpulan pribumi masing-masing dengan adat dan budaya mereka sendiri. Oleh sebab itu istilah domain kawasan pribumi digunakan bagi menggantikan istilah seperti pemakai menoa dan pulau galau untuk orang Iban, cari makan untuk Melayu dan tu’an untuk Bidayuh bagi mempermudahkan rujukan undang-undang.” ujarnya dalam satu sidang media di Dewan Undangan Negeri Kuching petang Khamis.

Datuk Amar Douglas yang juga Menteri Pemodenan, Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah menambah bahawa jumlah keluasan hutan dara yang turut dituntut dibawah sebagai NTD iaitu dibawah seksyen 6A akan diperluaskan dari 500 hektar kepada 1000 hektar (2500 ekar).

Selain itu pindaan Rang undang-undang berkenaan turut bertujuan untuk mengeluarkan Geran Komunal Pribumi dengan status pegangan selama-lamanya kepada komuniti yang terlibat selain tidak dikenakan sebarang premium, sewaan dan caj.

Dalam masa yang sama, Datuk Amar Douglas berharap pindaan terbaharu bagi rang undang-undang ini bakal memberi manfaat kepada kesemua 30 komuniti di Sarawak sekaligus mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

nineteen − 17 =