KUCHING: Kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Perumahan HDC telah membina 122 unit teres satu tingkat yang dinamakan Rumah Mampu Milik Bunga Rampai.

WhatsApp Image 2018-07-12 at 12.30.30 PMMenteri Muda Perumahan Dr Annuar Rapa’ee berkata, projek pembinaan Rumah Mampu Milik itu dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang berhubung unit Rumah Mampu Milik Bunga Rampai yang telah dibina pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching.

Jelas beliau, keutamaan akan diberikan kepada penduduk setempat yang rumah mereka berada di kawasan hakisan tebing sungai di Kampung Bunga Rampai.

Setakat ini, kemajuan fiskal projek Rumah Mampu Milik berada pada tahap 25% dan pembinaannya akan diteruskan.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

fifteen + two =