KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak bercadang untuk membuka sebuah makmal kesihatan awam bagi tujuan meningkatkan pengawalan terhadap wabak rabies dari terus menular.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr. Haji Annuar Rapaee berkata, kerajaan kini sedang berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Kesihatan bagi mengiktiraf Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai pusat diagnosis wabak.

b8ab8b89-6b39-4027-b1d7-abff1b736bec“Tetapi apa yang kita perlukan di negeri ini dan saya sangat bersetuju dimana sebuah makmal kesihatan awam dibina bagi memudahkan diagnosis dijalankan seterusnya mengesahkan wabak berkenaan.

“Sebelum ini pihak kerajaan terpaksa menghantar sampel tisu anjing di Institut Vaterinar Ipoh dan menunggu 5 hari bagi mengesahkan anjing berkenaan dijangkiti atau tidak.” katanya dalam satu sidang media di Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching pagi Rabu.

Tambahnya, kerajaan sentiasa bersedia dan komited dalam memberi segala rawatan awal terhadap kes gigitan anjing dalam usaha mengekang wabak berkenaan dari terus menular.

Dalam pada itu, Dr. Annuar yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mempunyai masalah kekurangan stok vaksinasi serta rawatan terhadap gigitan anjing kerana ia sentiasa mencukupi.

Justeru tegas beliau lagi, apa yang paling penting ialah kesedaran orang awam untuk bertindak segera bagi memperoleh vaksin serta rawatan dengan segera di hospital atau klinik terdekat.

Sebelum ini sejumlah 5 buah bahagian di negeri Sarawak setakat ini didapati telah terjejas wabak rabies sejak 1 Julai tahun lepas.

Wabak berkenaan juga telah mencatatkan 11 kes jangkitan pada manusia dimana 10 daripadanya telah meninggal dunia.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

17 − 2 =