KUCHING: Jumlah pengedar dadah yang ditangkap oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tempoh Januari hingga Jun pada tahun ini didapati menurun berbanding tempoh yang sama untuk tahun lepas.

IMG-0177Menurut Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden, setakat Jun 2018 seramai 301 orang pengedar dadah telah ditangkap berbanding 498 orang untuk tempoh yang sama tahun lepas iaitu penurunan 60.44%.

“Sepanjang Januari hingga Jun 2018, seramai 301 pengedar dadah telah berjaya ditangkap oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM berbanding 498 orang pada tahun 2017 iaitu peningkatan 60.44% bagi tempoh yang sama untuk tahun lepas (Januari hingga Jun 2017).” katanya.

Tambahnya lagi di bawah undang-undang Pencegahan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 PDRM juga telah berjaya menangkap 24 orang pengedar antara Januari hingga Jun tahun ini berbanding 46 orang untuk tempoh yang sama bagi tahun lepas (2017).

Selain itu ujarnya, tindakan tegas seperti menyita harta-harta pengedar dadah yang ditangkap masih diteruskan dan jumlah penyitaan setakat ini bagi tahun 2018 telah mencecah nilai sehingga RM 1.08 juta.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Jemoreng Dato Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke 18.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

1 × 5 =