KUCHING: Peruntukan untuk pelaksanaan projek BELB dan pembinaan transformer adalah disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLB) (sekarang Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB).

2476B96E-D1AC-437C-9AAB-23B2D4B4218EMenteri Muda Bekalan Elektrik Sarawak Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, tugas untuk memantau bebanan (loading) kapasiti sesebuah transformer termasuk di kawasan luarbandar dilaksanakan oleh Sarawak Energy (SEB).

“Apabila kapasiti sesebuah transformer itu melebihi tahap 80%, ia akan dinaiktaraf oleh pihak SEB,” katanya sambil menambah untuk projek baru BELB, kos pemasangan dan nenaiktaraf transformer adalah termasuk di dalam kos projek.

“Untuk kawasn yang bukan dalam pelaksanaan projek BELB, kos utk menaiktaraf kapasiti transformer adalah di bawah tanggungan SEB.”

“Secara purata kos utk menaiktaraf sebuah transformer drp 50kVA kepada 160kVA adalah kita-kira sebanyak RM20,000 tidak termasuk kos pemasangan dan jumlah keseluruhan termasuk kos pemasangan sebuah transformer dianggarkan sehingga RM80,000,” katanya lagi.

Abdul Rahman, juga ADUN Pantai Damai mewakili Menteri Utiliti Sarawak Datuk Stephen Rundi bagi menjawab soalan dari ADUN Opar Dato Ranum Mina mengenai peruntukan dari Kementerian untuk kerja menaiktaraf Transformer Bekalan Elektrik Luar Bandar pada sesi Persidangan DUN Sarawak sebentar tadi.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

12 + seven =