KUCHING: Penubuhan Gabungan Parti Sarawak GPS oleh pimpinan Kerajaan Negeri adalah selaras dengan aspirasi rakyat Sarawak.
Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Taib Mahmud berkata, GPS akan menyediakan landasan yang kukuh kepada Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan hak dan autonomi Negeri Sarawak.
IMG_20180709_114657_663Beliau yakin GPS akan menjadi wadah penting dalam perjuangan menuntut hak Sarawak dari Kerajaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian di dalam ucapan pembukaan persidangan pertama penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18 pagi ini.
Beliau turut menyeru agar Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama ikhlas kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk mencapai matlamat ini.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

10 + fifteen =