KUCHING: Kerjasama rapat antara kerajaan negeri Sarawak dan Kerajaan persekutuan disifatkan sangat penting sebagai langkah memastikan pembangunan negeri ini berjalan lancar.

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, langkah pendekatan mesra oleh kerajaan negeri ini jelas menunjukkan kematangan politik di negeri Sarawak sekaligus mendahului kesejahteraan rakyat daripada kepentingan politik.

IMG_20180709_114657_663“Saya gembira Kerajaan Negeri akan mengambil pendekatan mesra dan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan. Kerjasama ini penting untuk meneruskan Pembangunan Negeri Sarawak tanpa mengira parti politik yang memerintah.

“Kerjasama yang ditawarkan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan jelas menunjukkan kematangan kepimpinan politik di Negeri Sarawak sekaligus mendahului kesejahteraan rakyat daripada kepentingan politik.” katanya dalam ucapan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) di Kuching pagi Isnin.

Dalam pada itu Tun Abdul Taib turut berharap agar kerajaan Persekutuan akan melaksanakan tanggungjawabnya kepada pembangunan di negeri itu selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut percaya keikhlasan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan adalah semata-mata memastikan segala perancangan pembangunan di Negeri ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

2 × three =