*KENYATAAN MEDIA*

*TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN*
*PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA*

Saya menyambut baik keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Progressive Democratic Party (PDP) yang telah membuat keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Saya juga mengalu-alukan kesediaan GPS untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi memelihara kepentingan nasional dan hak-hak negeri berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia.

Keputusan ini diharapkan dapat mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih baik antara Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan program-program pembangunan di negeri Sarawak yang pastinya akan memberikan manfaat kepada rakyat.

Saya percaya, dengan semangat Malaysia Baru, keputusan keempat-keempat parti ini akan merintis jalan ke arah pembentukan Malaysia yang lebih baik selaras dengan harapan seluruh rakyat Malaysia seperti yang diterjemahkan dalam Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

12 Jun 2018

Category:

Highlights, TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

5 × one =