Chong tidak perlu utk merasa bangga dgn andaian mengarut beliau bahawa PBB teringin utk menyertai PH.

Tolong tanya dgn Chong mengapa beliau begitu teruja atau mungkin menunjuk reaksi tergugat dgn brita palsu tersebut?

Reaksi Chong sehingga tiba2 melalut membangkitkan ttg hasrat beliau utk menangkap semua pemimpin2 yg korup. Nasihat saya ialah beliau harus memulakan tindakan beliau dgn menyiasat dulu pemimpin2 korup yg skarang ini ramai dlm rumah PH mereka sendiri.
Mengapa bersikap hipokrik dan double standard?

Merujuk kpd amalan rasuah dan salahlaku yg dibangkit oleh Chong, mungkin beliau merujuk kpd pemimpin mereka sendiri yg akan menjadi Perdana Menteri baru. Pemimpin ini lah yg mereka tentang, Kritik dan cemuh dgn bersungguh-sungguh tanpa henti sepjg 22 tahun pemimpin itu menjadi Perdana Menteri dulu.
Tiba2 Pemimpin ini menjadi pujaan mereka dan diangkat menjadi penyelamat Negara kononnya.
Tiba2 DAP dan PKR lupa ttg berbagai tuduhan amalan rasuah dan salahlaku yg mereka lemparkan terhadap beberapa pemimpin yg dulunya lawan mereka.
Mungkin amalan mereka ialah sesiapa yg menyertai PH akan dimaafkan serta dikecualikan dr sebarang tindakan undang2.

Chong bercakap ttg perjuangan DAP dlm isu2 intergriti dan mencadangkan supaya mereka yg ingin menyertai PH mestilah melalui proses saringan MACC.

Yang peliknya dan fakta yg benar ialah semua Calon PH tidak pernah dirujuk atau diproses oleh MACC sebelum bertanding dlm PRU baru2 ini.

PBB adalah sebuah Parti dlm komponen BN yg telah dipilih melalui Pilihanraya negeri 2 tahun lepas utk mentadbir Kerajaan Negeri Sarawak.

Dan perlu diingatkan bahawa Sarawak adalah salah satu pihak yg menandatangani Perjanjian yg menubuh Negara Malaysia ini.

Semua parti dlm komponen BN Swk adalah Parti Politik tempatan yg diasaskan oleh pemimpin2 ulung anak jati Swk dr berbagai etnik.

PBB seperti rakan2 lain dlm komponen BN Swk telah melalui perjalanan sejarah Politik yg lama serta proses kematangan politik dan terlibat secara langsung evolusi permodenan Negeri Swk yg seluas Semenanjung Malaysia.

PBB akan mempertahankan intergriti serta maruah perjuangan Politik kami dan tidak sesekali akan bertindak seperti “katak”.

PBB tidak terdesak kerana Kami dlm BN Swk secara amnya tahu di mana letaknya kekuatan serta kelebihan kami di Swk.

Kami warga Swk sentiasa bangga dgn kesederhanaan sikap, perpaduan serta keunikan Kami.
Kami akan terus bersatu dlm perbagaian agama dan budaya.

BN Swk sentiasa menghargai ciri2 demokrasi iaitu sama2 bersetuju utk kadang2 tidak sependapat.

BN Swk juga menghormati pilihan majoriti rakyat dlm Pilihanraya Umum baru ini dgn perasaan yg terbuka dan berazam utk bekerja dgn lebih kuat lagi demi kepentingan semua lapisan masyarakat terutama sekali di Swk.

YAB CM Abg.Jo telah menyatakan kesediaan pentadbiran beliau utk bekerjasama dgn kerajaan baru di peringkat Federal.

Ini bermaksud kerjasama dlm soal2 pentadbiran dlm linkungan sistem Persekutuan yg kita amalkan.

Kerajaan Negeri akan mempastikan kerjasama ini mestilah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan menjejaskan hak serta kepentingan Negeri.

Kerajaan Negeri juga akan memantau dgn teliti perkembangan serta usaha Kerajaan Persekutuan yg di tadbir PH ini utk mengotakan janji2 kempen dan manifesto mereka terutama skali yg melibatkan kepentingan Negeri Swk.

Perlu dinyatakan juga bahawa Kerajaan Negeri Swk yg diketuai oleh CM Abg.Jo tidak akan berganjak malah meneruskan usaha utk menuntut segala hak2 serta kepentingan Negeri yg termaktub secara sah dlm Perjanjian Malaysia 1963 dan yg di peruntukan dlm Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri skarang ini berada dlm situasi yg amat bersedia dan akan mempertimbangkan berbagai option utk mempastikan tuntutan Negeri ini dihormati, diberi perhatian dan menghasilkan keputusan2 yg sewajarnya.

Kesungguhan serta keberanian Kepimpinan Negeri Swk yg diketuai oleh YAB CM Abg.Jo hanyalah berkiblat ke arah menjaga kepentingan serta memakmur Negeri dan mempastikan masa depan anak Negeri Swk terjamin.

YB Abdullah Hj.Saidol
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

7 + 11 =