KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 PRU-14, akhirnya terjawab apabila Suruhanjaya Pilihan Raya SPR mengumumkan tarikh 9 Mei 2018 sebagai hari mengundi.

SPRPengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, hari penamaan calon bagi PRU-14 pula ditetapkan 28 April ini.

Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media khas sebentar tadi di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, SPR juga bersetuju menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Pilihan Raya sebanyak 445 pasukan bagi memantau proses sepanjang berkempen.

Menurutnya, sebanyak 8,989 premis akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 28,995 saluran atau tempat mengundi, manakala 222 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dilantik dan keseluruhannya dianggarkan memerlukan kos berjumlah RM500 juta.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

14 − 13 =