KUCHING: Polis Diraja Malaysia PDRM Cawangan Sarawak bakal menyediakan kira-kira 7,000 pegawai dan anggota untuk bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pegawai Media Pilihan Raya Umum ke-14 PDRM Sarawak, ACP Wan Shamsuddin Wan Husin berkata, PDRM akan menggunakan kekuatan maksimum pegawai dan anggota mereka di semua pusat mengundi terutamanya pada hari mengundi.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Jelasnya, fasa pertama latih amal yang telah dilaksanakan pagi tadi dapat mempersiapkan pegawai serta anggota untuk bertindak dalam sebarang situasi.

Beliau menambah, siri kedua latih amal bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan pada 24 dan 25 Febuari.

Beliau turut mengingati masyarakat untuk tidak panik serta bimbang jika berdepan dengan latihan-latihan yang melibatkan pegawai dan anggota PDRM di kawasan tertentu kerana PDRM amat komited untuk memastikan Pilihan Raya Umum ke-14 berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

17 − 3 =