Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menyifatkan Bajet 2018 prihatin dengan kehendak rakyat Sarawak.

Beliau berkata, bajet itu juga akan meyakinkan rakyat Sarawak dengan dasar kerajaan berhubung kebajikan mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kebajikan Sarawak 2017 di Kuching.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengumuman Bajet 2018 turut menyaksikan Sarawak menerima peruntukan besar berjumlah RM1 bilion untuk membangunkan sekolah daif di negeri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

one × 2 =