Bagi tahun 2017, Kerajaan Negeri telah mendapat komitmen daripada Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan taraf 194-sekolah daif di Luar Bandar, sementara Kerajaan Negeri Sarawak pula memperuntukkan sejumlah 21-juta untuk membaikpulih 72-buah sekolah.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah, Kerajaan Negeri Sarawak juga telah memperuntukkan RM6 juta bagi melaksanakan program bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran murid dan guru, iaitu HIPERs Program; STEM Education Lab; TVET Competency and Short Courses; Smarter Phonics; English Fun Learning; and Effective Leadership Training.

Ujar beliau, berhubung dengan 16 buah sekolah yang terjejas akibat pembinaan Pan Borneo Highway, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah mengambil langkah sementara untuk menempatkan murid-murid sekolah tersebut ke sekolah-sekolah yang berhampiran

Beliau berkata demikian semasa Penggulungan oleh Para Menteri dalam Persidangan DUN Sarawak di Kuching.

Sementara itu, bagi menjamin kesinambungan pembelajaran 72-orang kanak-kanak di 6 tabika yang terjejas oleh pembinaan Pan Borneo Highway, KEMAS telah mengambil inisiatif untuk memindahkan mereka ke lokasi sementara sebelum mengenalpasti tempat baharu.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

3 × 4 =