Industri pelancongan dilihat sebagai salah satu industri yang berkembang dengan cepat di negara bahkan di seluruh dunia.

ADUN N.18 Serembu Miro Simuh berkata, sememangnya satu kerugian sekiranya kerajaan tidak mengambil peluang-peluang di dalam industri tersebut bagi menjana pendapatan rakyat, negeri dan negara amnya.

Tambah beliau, negeri Sarawak sememangnya begitu kaya dengan budaya, alam semulajadi dan pengembaraan serta harus di promosi dan diketengahkan secara agresif di pasaran global.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan usul penghargaan atas ucapan TYT Yang dipertua Negeri Sarawak pada persidangan DUN ke-18 di Kuching.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap agar Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dapat memberi peruntukan untuk membangunkan semula pekan Siniawan dan menaiktaraf kawasan tebingan sungai di Siniawan sebagai salah satu daya tarikan pelancong.

Category:

TextNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

ten + 1 =