" image="http://tvsarawak.com/wp-content/uploads/2015/04/majlis-perundingan-belia.jpg"]

Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2015
Bayangan keadaan masa depan negara dapat dilihat melalui keadaan serta struktur kepimpinan para belia ketika ini dan hala tuju negara dapat digerakkan dengan corak kepimpinan sihat yang diterajui oleh para belia.
Menteri Muda Pembangunan Sosial (Pembangunan Belia) dan Menteri Muda Perumahan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keadaan belia pada masa kini mencerminkan masa depan sesebuah negara dan para belia perlu dibentuk di peringkat awal bagi memastikan kestabilan negara pada masa akan datang.
Beliau menambah, kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Sosial serta kerajaan pusat melalui Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa bekerja sama untuk membentuk para belia ideal untuk kemudahan di masa akan datang.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2015 di Dewan Suarah, Kuching semalam.
Majlis anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak tersebut merupakan acara tahunan perjumpaan pemimpin-pemimpin belia yang berupaya mempertingkatkan perlaksanaan program pembangunan kepimpinan dan pengurusan organisasi belia serta meneroka dimensi baharu dalam agenda pembangunan belia selaras dengan senario perubahan semasa.

Category:

Highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

fifteen − nine =